Tuesday, July 5, 2011


Tauhu bunga

Resepi saya ambil dari adik ipar yang memang berniaga kuih ni..memang sedap rasanya..so terima kasin nurul aiza sbb kongsi resepi kuih ni.Sesiapa yang nak cuba boleh cuba..senang jer....


Bahan-bahan:

a)20 biji tauhu kembang(yg utk buat mee kari).
b)6 biji tauhu basah.
c)200g daging kisar.
d)2 ulas bwg putih.
e)2 biji bawang merah kecil.
f)1 biji telur.
g)3 batang daun bawang
h)3 sudu lobak merah(di potong dadu).
i)1 sudu minyak masak.
j)garam secukupnya.
k)minyak untuk menggoreng.


Cara-cara membuatnya:

1.Gunting tauhu tadi seperti huruf t.
2.Keluarkan isi pada tauhu kembang tadi,dan perlahan2 terbalikkan.jadikan yg dlm keluar yg luar ke dalam.
3.Bwg putih dan merah ditumbuk .
4.Panaskan kuali,letak minyak dan tumis bwg yg ditumbuk tadi.Setelah wangi..masukkan daging kisar dan lobak merah tadi.letak garam secukup rasa.setelah daging masak tutup api.
5.Hancurkan tauhu basah,dan campurkan bahan yg ditumis tadi.
6.Campurkan juga daun bawang dan telur.letak garam secukupnya.dan gaul sebati.
7.Masukkan bahan2 tadi kedalam tauhu yang telah di buang isinya.
8.Setelah siap masukkan inti..bolehlah goreng hingga kulit luar tauhu tadi kekuningan.


Nota:
1.Jika hendak frozenkan kuih ni ,kena goreng separuh masak.Jika tidak kuih akan jadi masam.
2.Sedap juga makan kuih ni dgn sos pencicah.
3.cubalah.

Sunday, July 3, 2011

Kek Tiramisu

Alhamdulillah...ini adalah kek tiramisu yang ke2 pernah saya buat.Cubaan pertama agak lembik sikit.Jadi saya baiki.Belajar melalui kesilapan...rasa dia ok ssgt.Suami dan anak2 pun suka.Pada mereka yang gagal membuat dengan baik,jangan putus asa...cuba lagi.


Bahan-bahan:
(a) Sebiji kek coklat yg dipotong dua.(x kisah nk pakai kek apa)
(b)250g cream cheese
(c)200g whipping cream
(d) Gula 1 cawan.(klu suka manis boleh letak lebih)
(e) 2 sb Gelatin
(f) 1\4 cawan air panas
(g)1sb perahan lemon(x letak pun,sebab tak de)
(h)nescafe secukupnya.

Cara-cara membuatnya:
1.Larutkan gelatin dengan air panas...gaul hingga tak berketul.ketepikan.
2. Putar cream cheese+whipping cream+gula,sehingga nmpk cam ringan.
3. Masukkan perahan lemon ,putar sekejap.
4.Masukkan pula larutan air gelatin tadi.Gaulkan.
5.Masukkan sebelah kek kedlm bekas.dan tuang sedikit bahan2yang diputar tadi.ayakkan serbuk nescafe ke atas cream cheese tersebut.
6. Letak pula kek yg sebelah lagi ,tindih keatas kek tadi. Tuang baki cream cheese tadi dan ayakkan juga dgn serbuk nescafe.


Nota
1Setelah siap letak didalam peti sejuk.
2.Berbaloi membuatnya...jimat belanja.
3.Nescafe tu x yah guna byk sgt..nnti kek jadi pahit.
4.Selamat mencuba...




Saturday, July 2, 2011

Apam pisang


Bahan-bahan:
(a) Tepung gandum 2 cawan.
(b)Gula 11\2 cawan.
(c)Telur 3 biji
(d) Minyak suku cawan
(e) Soda Bikarbonat 1 st
(f) Baking Powder 1st
(g)Pisang emas 8 biji (hancurkan).

Cara-cara membuatnya:
1. Blenderkan telur dan gula selama 2 minit.
2. Letak dlm bekas .
3. Ayakkan soda bikarbonat+tepung gandum+baking powder.
4. Campurkan hasil ayakkan kedalam bahan-bahan yg di blander tadi.Gaul kan.
5. Masukkan pisang dan minyak.Gaul sebati.
6. Letak kedalam loyang yg telah di sapu dgn sedikit minyak.
7. Kukus selama 45 minit.

Nota
1.Untuk mendapatkan apam pisang yang cantik,jangan blander pisang tersebut.Gunakan garfu sahaja.
2.Semasa mengukus,pastikan tutup pengukus anda dibalut dengan kain.(supaya air tidak terkena pada kuih apam)
3.Boleh juga di hidang bersama kelapa parut yg dicampur sedikit garam.Terpulang pada selera masing-masing.
4. Selamat mencuba.

Wednesday, September 2, 2009

Puteri Mandi Versi Dengkil

Assalamualaikum w.b.t
Resepi ini saya ambil drpd mak su yg berada di Terengganu.Mudah sahaja hendak membuatnya,macam nk buat kuih gula melaka.Bezanya cuma tiada inti didalam kuih tersebut.




Bahan-bahan
(a) Tepung Pulut 1/2 kampit
(b) Daun Pandan 10 batang
(c) Kelapa Parut putih sahaja 1/2 biji
(d) Gula 5 sudu
(e) Garam secukup rasa
(f) Air ikut kesesuaian

Kaedah memasak
1. Blenderkan daun pandan dan air. Kemudian toskan dan ambil air pandan.
2. Masukkan tepung pulut dan garam kedalam bekas kemudian curah sedikit demi sedikit air pandan dan digaul sehingga adunan tadi boleh dikepal. (Jangan terlalu byk air yang akan mengakibatkan lembik).
3. Kemudian panaskan air masak kedalam periuk dan tunggu sehingga mendidih.
4. Uli dengan tangan adunan tadi mengikut saiz yang kesukaan anda dan masukkan kedalam periuk yang berisi air yang mendidih. Jika sudah timbul angkat dan toskan.
5. Panaskan kuali diatas periuk yg mempunyai air yang mendidih (macam steam), letakkan gula dan kelapa parut sehingga sebati.
6. Masukkan satu persatu tepung pulut yg siap direbus kedalam kuali dan gaulkan.
7. Sedia untuk dihidang.

Nota
1. Sesuai untuk berbuka puasa dan minum petang.
2. Ringan dimulut dan sedap dikunyah.
3. Selamat mencuba.

Tuesday, September 1, 2009

Bubur Lambuk Nurin




Bahan-bahan
(a) 1 cawan beras
(b) 2 cawan santan
(c) 10 ekor udang sedang
(d) Penumis - cengkih, bunga lawang, kayu manis & halba
(e) 2 inci halia - diketuk
(f) 2 sudu udang kering - ditumbuk
(g) 4 biji bawang putih - dicincang
(h) 2 biji bawang besar - dicincang
(i) 1 sudu lada hitam - ditumbuk
(j) Daun sup / Daun Bawang
(k) Bawang Goreng
(l) Lobak Merah - dipotong kecil-kecil
(m) 2 helai daun pandan
(n) Garam secukup rasa
Kaedah memasak
1. Beras ditanak sehingga hancur menjadi bubur
2. Panas minyak atas kuali dan kemudian masukkan bahan2 yang telah dicincang, ditumbuk dan penumis. Goreng sehingga garing.
3. Masukkan bahan2 yang telah digoreng tadi kedalam periuk bubur yang diletakkan diatas api yang kecil
4. Masukkan daun pandan.
5. Masukkan santan, udang, lobak merah dan sedikit garam.
6. Tunggu sehingga udang dan lobak merah masak @ mendidih kemudian tutup api.
7. Taburkan bawang goreng, daun sup & daun bawang.
8. Sedia untuk dihidang.

Nota
1. Sesuai untuk 6 orang makan.
2. Rasailah kelainannya tanpa perlu ditambah apa-apa lagi.
3. Jika pekat sila tambah air lagi (jika waktu panas pekat, waktu sejuk akan jadi kenyal).
4. Selamat mencuba

Ikan Jenahak Istimewa




Bahan-bahan
(a) Ikan jenahak 4 ketul
(b) Bawang Besar 1 biji - dicincang
(c) Bawang Putih 4 biji - dicincang
(d) Serai 1 batang - dipotong halus-halus
(e) Halia 1/2 inci - dicincang
(f) Cili kisar 3 sudu
(g) Sos Tiram 2 sudu
(h) Sos Cili 5 sudu
(i) Gula 2 sudu
(j) Garam & Kunyit secukup rasa
(k) Daun Bawang dipotong 1 inci

Kaedah memasak
1. Ikan jenahak digaulkan dengan garam & kunyit kemudian digoreng sehingga garing
2. Tukar kuali lain dan panaskan sedikit minyak.
3. Masukkan bahan (b),(c),(d),(e) dan (f) sehingga naik bau.
4. Masukkan bahan (g),(h),(i) dan garam. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan ikan jenahak yang telah digoreng dan gaul rata-rata.
6. Matikan api dan tabur daun bawang.
7. Sedia untuk dihidang.

Nota
1. Sesuai utk dimakan oleh 4 orang.
2. Selamat mencuba.

Batang Keladi Asam Rebus


Bahan-bahan
(a) Batang keladi dibuang kulit 3 batang. Direbus separuh masak.
(b) Bawang Merah 3 biji
(c) Bawang Putih 2 biji
(d) Belacan 1/2 inci
Bahan (b),(c) & (d) diblender.
(e) Daun Kesom 4 tangkai
(f) Ikan Bilis satu sudu
(g) Kunyit & Garam secukup rasa
(h) Asam keping satu keping
(i) Air masak 3 cawan

Kaedah memasak
1. Masukkan bahan yang telah diblender kedalam periuk
2. Masukkan air 3 cawan dan ikan bilis kemudian letak periuk diatas api. Tunggu sehingga mendidih
3. Masukkan daun kesom, asam keping, batang keladi, garam dan kunyit.
4. Rebus hingga mendidih.
5. Sedia untuk dihidang.

Nota
1. Paling sesuai dimakan bersama sambal belacan dan ulam.
2. Bahan2 utk satu mangkuk (lebih kurang 4 org makan)
3. Selamat mencuba