Wednesday, September 2, 2009

Puteri Mandi Versi Dengkil

Assalamualaikum w.b.t
Resepi ini saya ambil drpd mak su yg berada di Terengganu.Mudah sahaja hendak membuatnya,macam nk buat kuih gula melaka.Bezanya cuma tiada inti didalam kuih tersebut.




Bahan-bahan
(a) Tepung Pulut 1/2 kampit
(b) Daun Pandan 10 batang
(c) Kelapa Parut putih sahaja 1/2 biji
(d) Gula 5 sudu
(e) Garam secukup rasa
(f) Air ikut kesesuaian

Kaedah memasak
1. Blenderkan daun pandan dan air. Kemudian toskan dan ambil air pandan.
2. Masukkan tepung pulut dan garam kedalam bekas kemudian curah sedikit demi sedikit air pandan dan digaul sehingga adunan tadi boleh dikepal. (Jangan terlalu byk air yang akan mengakibatkan lembik).
3. Kemudian panaskan air masak kedalam periuk dan tunggu sehingga mendidih.
4. Uli dengan tangan adunan tadi mengikut saiz yang kesukaan anda dan masukkan kedalam periuk yang berisi air yang mendidih. Jika sudah timbul angkat dan toskan.
5. Panaskan kuali diatas periuk yg mempunyai air yang mendidih (macam steam), letakkan gula dan kelapa parut sehingga sebati.
6. Masukkan satu persatu tepung pulut yg siap direbus kedalam kuali dan gaulkan.
7. Sedia untuk dihidang.

Nota
1. Sesuai untuk berbuka puasa dan minum petang.
2. Ringan dimulut dan sedap dikunyah.
3. Selamat mencuba.

Tuesday, September 1, 2009

Bubur Lambuk Nurin




Bahan-bahan
(a) 1 cawan beras
(b) 2 cawan santan
(c) 10 ekor udang sedang
(d) Penumis - cengkih, bunga lawang, kayu manis & halba
(e) 2 inci halia - diketuk
(f) 2 sudu udang kering - ditumbuk
(g) 4 biji bawang putih - dicincang
(h) 2 biji bawang besar - dicincang
(i) 1 sudu lada hitam - ditumbuk
(j) Daun sup / Daun Bawang
(k) Bawang Goreng
(l) Lobak Merah - dipotong kecil-kecil
(m) 2 helai daun pandan
(n) Garam secukup rasa
Kaedah memasak
1. Beras ditanak sehingga hancur menjadi bubur
2. Panas minyak atas kuali dan kemudian masukkan bahan2 yang telah dicincang, ditumbuk dan penumis. Goreng sehingga garing.
3. Masukkan bahan2 yang telah digoreng tadi kedalam periuk bubur yang diletakkan diatas api yang kecil
4. Masukkan daun pandan.
5. Masukkan santan, udang, lobak merah dan sedikit garam.
6. Tunggu sehingga udang dan lobak merah masak @ mendidih kemudian tutup api.
7. Taburkan bawang goreng, daun sup & daun bawang.
8. Sedia untuk dihidang.

Nota
1. Sesuai untuk 6 orang makan.
2. Rasailah kelainannya tanpa perlu ditambah apa-apa lagi.
3. Jika pekat sila tambah air lagi (jika waktu panas pekat, waktu sejuk akan jadi kenyal).
4. Selamat mencuba

Ikan Jenahak Istimewa




Bahan-bahan
(a) Ikan jenahak 4 ketul
(b) Bawang Besar 1 biji - dicincang
(c) Bawang Putih 4 biji - dicincang
(d) Serai 1 batang - dipotong halus-halus
(e) Halia 1/2 inci - dicincang
(f) Cili kisar 3 sudu
(g) Sos Tiram 2 sudu
(h) Sos Cili 5 sudu
(i) Gula 2 sudu
(j) Garam & Kunyit secukup rasa
(k) Daun Bawang dipotong 1 inci

Kaedah memasak
1. Ikan jenahak digaulkan dengan garam & kunyit kemudian digoreng sehingga garing
2. Tukar kuali lain dan panaskan sedikit minyak.
3. Masukkan bahan (b),(c),(d),(e) dan (f) sehingga naik bau.
4. Masukkan bahan (g),(h),(i) dan garam. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan ikan jenahak yang telah digoreng dan gaul rata-rata.
6. Matikan api dan tabur daun bawang.
7. Sedia untuk dihidang.

Nota
1. Sesuai utk dimakan oleh 4 orang.
2. Selamat mencuba.

Batang Keladi Asam Rebus


Bahan-bahan
(a) Batang keladi dibuang kulit 3 batang. Direbus separuh masak.
(b) Bawang Merah 3 biji
(c) Bawang Putih 2 biji
(d) Belacan 1/2 inci
Bahan (b),(c) & (d) diblender.
(e) Daun Kesom 4 tangkai
(f) Ikan Bilis satu sudu
(g) Kunyit & Garam secukup rasa
(h) Asam keping satu keping
(i) Air masak 3 cawan

Kaedah memasak
1. Masukkan bahan yang telah diblender kedalam periuk
2. Masukkan air 3 cawan dan ikan bilis kemudian letak periuk diatas api. Tunggu sehingga mendidih
3. Masukkan daun kesom, asam keping, batang keladi, garam dan kunyit.
4. Rebus hingga mendidih.
5. Sedia untuk dihidang.

Nota
1. Paling sesuai dimakan bersama sambal belacan dan ulam.
2. Bahan2 utk satu mangkuk (lebih kurang 4 org makan)
3. Selamat mencuba

Seafood Nurin




Bahan-bahan
(a) 5 ekor sotong (sedang) dipotong bulat.
(b) 10 ekor udang (sedang) buang kulit.
(c) Bahan tumis - bawang besar 1 biji potong bulat, bawang putih 3 ulas dipecahkan, cili kering 3 tangkai dipotong 1/2 inci.
(d) 4 batang kacang panjang.
(e) Kunyit & Garam secukup rasa
(f) Asam keping 1/2 inci
Kaedah memasak
1. Sotong dan udang di gaulkan dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak atas kuali dan goreng sotong & udang hingga masak. Kemudian toskan.
3. Tumiskan bahan(c) dengan sedikit minyak.
4. Masukkan kacang panjang dan asam keping. Sehingga agak masak...
5. Masukkan sotong dan udang tadi.
6. Masukkan garam, gaul dan sedia untuk dihidang.
Nota
1. Paling senang dan sangat disukai oleh anak-anak.
2. Sesuai untuk orang yang tak makan pedas.
3. Selamat mencuba.

Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak


Bahan-bahan (4 orang makan)
(a) 4 ketul ikan patin.
(b) Bahan kisar - 3 ulas bawang merah, 15 biji cili api (ikut suka), tempoyak 3 sudu dan air setangah cawan.
(c) serai 2 batang dititik
(d) gula (bergantung pada rasa tempoyak. Jika terlalu masam letak la gula).
(e) Garam secukup rasa
(f) Air 2 cawan

Kaedah memasak
1. Ikan patin di gaulkan dengan garam dan kunyit.
2. Masukkan kedalam periuk ikan patin dan bahan (b) dan (c). Gaul sehingga sebati. Perap dalam 5 minit.(Belum diletak diatas dapur gas).
3. Letak periuk atas api (api kecil) sehingga ikan patin separuh masak.
4. Masukkan air 2 cawan dan besarkan api. Tunggu hingga mendidih.
5. Masukkan garam, kunyit dan gula (jika perlu).
6. Sedia untuk dihidang.

Nota
1. Insya Allah, orang yang tak makan ikan patin boleh makan sebab takde bau hanyir pun.
2. Banyak kawan2 yang cuba masak ikan patin ni akhirnya terpaksa dibuang kedalam tong sampah.
3. Cuba lah ikut kaedah diatas. Insya Allah menjadi. Selamat mencuba.

Monday, August 31, 2009

Salam Perkenalan

Assalamualaikum WBT...

Disini saya akan kongsi resepi-resepi original dari saya dan tidak diciplak dari mana-mana buku. Ada juga saya dapati dari kawan-kawan dan saya terpaksa buat sedikit perubahan mengikut citarasa saya. Ruangan ini saya buat khas untuk penggemar mee bandung saya, yang mana setiap kali hari raya pasti ramai yang berkunjung akan telefon minta saya buat mee bandung. Insya Allah.. akan saya masukkan secepat mungkin beserta gambar sekali. Ruangan ini juga saya buat khas buat adik ipar saya yang tersayang yang sering menelefon bertanyakan resepi utk memasak. Bagi mereka yang baru belajar nak pegang senduk sangat sesuai untuk mengikut apa yang saya tuliskan disini kerana semuanya senang dan saya akan tulis dalam kaedah yang paling mudah. Selamat mencuba....