Tuesday, September 1, 2009

Seafood Nurin




Bahan-bahan
(a) 5 ekor sotong (sedang) dipotong bulat.
(b) 10 ekor udang (sedang) buang kulit.
(c) Bahan tumis - bawang besar 1 biji potong bulat, bawang putih 3 ulas dipecahkan, cili kering 3 tangkai dipotong 1/2 inci.
(d) 4 batang kacang panjang.
(e) Kunyit & Garam secukup rasa
(f) Asam keping 1/2 inci
Kaedah memasak
1. Sotong dan udang di gaulkan dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak atas kuali dan goreng sotong & udang hingga masak. Kemudian toskan.
3. Tumiskan bahan(c) dengan sedikit minyak.
4. Masukkan kacang panjang dan asam keping. Sehingga agak masak...
5. Masukkan sotong dan udang tadi.
6. Masukkan garam, gaul dan sedia untuk dihidang.
Nota
1. Paling senang dan sangat disukai oleh anak-anak.
2. Sesuai untuk orang yang tak makan pedas.
3. Selamat mencuba.

Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak


Bahan-bahan (4 orang makan)
(a) 4 ketul ikan patin.
(b) Bahan kisar - 3 ulas bawang merah, 15 biji cili api (ikut suka), tempoyak 3 sudu dan air setangah cawan.
(c) serai 2 batang dititik
(d) gula (bergantung pada rasa tempoyak. Jika terlalu masam letak la gula).
(e) Garam secukup rasa
(f) Air 2 cawan

Kaedah memasak
1. Ikan patin di gaulkan dengan garam dan kunyit.
2. Masukkan kedalam periuk ikan patin dan bahan (b) dan (c). Gaul sehingga sebati. Perap dalam 5 minit.(Belum diletak diatas dapur gas).
3. Letak periuk atas api (api kecil) sehingga ikan patin separuh masak.
4. Masukkan air 2 cawan dan besarkan api. Tunggu hingga mendidih.
5. Masukkan garam, kunyit dan gula (jika perlu).
6. Sedia untuk dihidang.

Nota
1. Insya Allah, orang yang tak makan ikan patin boleh makan sebab takde bau hanyir pun.
2. Banyak kawan2 yang cuba masak ikan patin ni akhirnya terpaksa dibuang kedalam tong sampah.
3. Cuba lah ikut kaedah diatas. Insya Allah menjadi. Selamat mencuba.

Monday, August 31, 2009

Salam Perkenalan

Assalamualaikum WBT...

Disini saya akan kongsi resepi-resepi original dari saya dan tidak diciplak dari mana-mana buku. Ada juga saya dapati dari kawan-kawan dan saya terpaksa buat sedikit perubahan mengikut citarasa saya. Ruangan ini saya buat khas untuk penggemar mee bandung saya, yang mana setiap kali hari raya pasti ramai yang berkunjung akan telefon minta saya buat mee bandung. Insya Allah.. akan saya masukkan secepat mungkin beserta gambar sekali. Ruangan ini juga saya buat khas buat adik ipar saya yang tersayang yang sering menelefon bertanyakan resepi utk memasak. Bagi mereka yang baru belajar nak pegang senduk sangat sesuai untuk mengikut apa yang saya tuliskan disini kerana semuanya senang dan saya akan tulis dalam kaedah yang paling mudah. Selamat mencuba....